Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
 EN  | BM

Last Update: 23 May 2018
Version 8.0.4b

emua dijemput hadir untuk menyertai Larian Belia 2018 (Youth Fun Run 2018) anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Sarawak pada 24 Februari 2018 (Sabtu) jam 6.30 pagi bertempat di Kompleks Sukan Asajaya, Samarahan.

Larian terbuka kepada belia Lelaki & Wanita berumur 15 - 40 tahun dan Veteran berumur 40 tahun ke atas. Jarak larian untuk Lelaki (7km), Wanita (5km), Veteran Lelaki (4km) dan Veteran Wanita (3km).

Penyertaan adalah PERCUMA dan peserta terawal seramai 100 orang akan mendapat T-Shirt percuma. Pelbagai hadiah dan aktiviti menarik menanti anda. Sekiranya berminat sila isi borang pada  Lampiran  berkepil.

Borang Penyertaan boleh juga didapati di alamat seperti berikut:-

Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Sarawak (MTACYS)

Tingkat 3, Bangunan Baitulmakmur,

Petra Jaya, Kuching

No. Telefon : 082-472549/472518/472532


atau

Pejabat  Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Bahagian Samarahan

Kompleks Sukan Kota Samarahan

Jalan Stadium Mini, Samarahan

No. Telefon : 082-671787/671037