Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
 EN  | BM

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA DAN LOGO

Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Tema bersempena dengan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2018.Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua belia di Sarawak yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun.  Penyertaan dibuka mulai 27 September 2018 (Khamis).  Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada  26 Oktober 2018 (Jumaat).

Pemenang bagi pertandingan mencipta Tema dan Logo  akan menerima wang tunai berjumlah RM1,000.00 beserta Sijil Penyertaan  bagi kedua-dua pertandingan tersebut. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon, surat atau email.

Syarat-syarat Pertandingan dan Borang Penyertaan adalah seperti pada Lampiran yang disertakan atau boleh didapati di alamat seperti berikut:-


Sekretariat (Seksyen Belia)

Pertandingan Mencipta Tema dan Logo

Sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2018

Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak

Tingkat 3, Bangunan Baitul Makmur, 93050 Kuching Sarawak

 Tel     : 082 – 440441 / 472532

Faks  : 082 – 446360

                                         Email : nurliap@sarawak.gov.my  atau hasimahm@sarawak.gov.my